Dollar AS telah membuatkan kebanyakan mata wang utama dunia meningkat tinggi tetapi hanyalah untuk sementara sahaja, termasuk YEN Jepun. Dolar-Yen kini menerjah ke paras tertinggi dalam enam tahun apabila menyentuh harga 106,46 pada hari Selasa.
Ini telah membangkitkan kemarahan Menteri Kewangan Taro Aso dan Menteri Ekonomi Akira Amari, yang mendakwa kejatuhan matawang Yen untuk waktu seterusnya bakal menyaksikan matawang Negara matahari terbit tersebut menjadi tidak stabil dan akan menjejaskan ekonomi Negara tersebut.
Para penganalisis pula menjangkakan bahawa matawang Yen akan terus ditekan seiring dengan kenaikan mendadak Dollar Indeks yang menghampiri paras tertinggi awal tahun 2013.