
Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada minggu lepas, para pelabur tiada sebab untuk menambah pegangan dalam “loonie” sehingga data “manufacturing shipments” keluar Selasa esok. Kemenangan besar Parti Liberal Demokratik yang diketuai Shinzo Abe seperti yang dijangka, juga tidak memberi kejutan kepada pasaran. Ketika ini pasaran memberikan tumpuan penuh pada mesyuarat FOMC Khamis ini untuk melihat sama ada Federal Reserve akan menggugurkan kenyataan “interest rate akan kekal rendah buat beberapa waktu” untuk menandakan kenaikan “interest rate” yang perlu seawal suku pertama 2015.
Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada, dan hanya data berimpak sederhana dari Amerika Syarikat yang umumnya dijangka lebih baik; permintaan untuk Dollar dilihat akan terus bertambah.




















































