
US Dollar melonjak ke paras tertinggi dalam masa 11 tahun selepas data GDP tahunan menunjukkan pengembangan 5% berbanding jangkaan 4.3% dan 4.6% pada bulan sebelumnya. Pada masa yang sama, peningkatan nilai Dollar telah menyebabkan pelbagai komoditi seperti emas dan minyak jatuh harga. Minyak mentah yang berada pada paras terendah dalam masa 5 tahun, sekitar $53.58, dua minggu lalu menyebabkan “loonie” susut nilai kerana minyak mentah merupakan antara eksport Kanada yang terbesar.
Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari kedua-dua buah negara hari ini, pasaran dijangka terus “ranging” dalam dagangan tipis.



















































