Dollar Yen meningkat kepada kadar lebih tinggi pada akhiran minggu lepas untuk didagangkan sekitar 118.19 ketika Dollar Index meningkat kepada 88.19 dengan sokongan OPEC untuk tidak mengurangkan output pengeluaran harian bagi mengawal kejatuhan harga minyak. Minyak mentah dan minyak gred brent jatuh lebih $5 kedua-duanya. Kejatuhan harga ini adalah baik untuk import Jepun yang sangat bergantung kepada sumber minyak luar untuk aktiviti ekonominya. Data bulanan Jepun yang amat memberangsangkan kecuali jualan runcit yang lebih buruk dari jangkaan, menandakan masalah ekonomi dari sudut kepenggunaan yang akan terus menghantui kerajaan Jepun.
Yen terus melemah untuk bulan November dengan kejatuhan sekurang-kurangnya 1.6% berbanding 16 matawang lain dengan spekulasi BoJ yang akan terus melemahkan Yen untuk merangsang ekonominya. Petunjuk utama harga menokok 2.9% pada Oktober berbanding setahun lalu, bersamaan dengan peningkatan 0.9% apabila kesan kenaikan cukai pada April lalu dikecualikan. Jualan runcit jatuh 1.4% berbanding September, lebih dari 0.5% yang dijangkakan oleh bancian Bloomberg News.
Peningkatan produksi yang lebih dari jangkaan menunjukkan ketinggian daya saing dikalangan pengusaha dan pengeksport, berbanding penyusutan perbelanjaan isirumah Jepun kesan dari kelemahan nilai Yen. Perdana Menteri Abe telah mengarahkan persediaan untuk pakej ransangan ekonomi seterusnya apabila beliau bertanding untuk pilihanraya pada 14 Dec ini.