
Program ransangan ekonomi ala “abenomics” yang dilihat bakal diteruskan, mula hilang populariti selepas data GDP Jepun yang keluar baru-baru ini tidak menunjukkan keputusan yang diharapkan. Perdana Menteri Shinzo Abe yang terpaksa membubarkan parlimen lebih awal dari jadual selepas menangguhkan cukai jualan yang dilaksanakan pada April lalu, dilihat bakal mengubahsuai program “Abenomicsnya” untuk mengeluarkan Jepun dari deflasi lebih 2 dekad.
Hari ini, dengan data berimpak tinggi “Tankan Large manufacturing Outlook” dari Jepun yang dijangkakan lebih baik dari bulan lepas, 14.00 berbanding 13.00; dilihat bakal memacu permintaan untuk Yen dalam keadaan pasaran yang berhati-hati mahu melihat rancangan Shinzo Abe selanjutnya. Tiada data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat hari ini.




















































