
Dengan 2014 yang bakal berakhir dalam beberapa minggu lagi, para pelabur dilihat mula mengambil untung dan amat berhati-hati dalam membuat percaturan dagangan mereka. Fokus minggu ini adalah pada mesyuarat FOMC Khamis ini yang bakal menyaksikan kenyataan lanjut Federal Reserve Amerika Syarikat tentang kenaikan “interest rate”. Diskusi akan berkisar sama ada Feds akan menggugurkan kenyataan “mengekalkan interest rate pada kadar rendah buat beberapa waktu lagi” atau tetap dengan kenyataan tersebut.
Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Jepun dan hanya data berimpak tinggi “building permits” dari Amerika Syarikat yang dijangka buruk dari bulan lepas, 1.06 juta berbanding 1.08 juta; Dollar Yen dijangka terus “ranging” melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.




















































