
Sebelum dari itu, lanjutan dari mesyuarat FOMC Federal Reserve, Presiden Janet Yellen dalam satu sidang akhbar mengatakan Feds dalam landasan yang betul untuk menaikkan “interest rate” seawal April 2015. Dollar Index kembali ke paras tertinggi minggu lepas sekitar 89.60 pada sesi dagangan pagi New York, selepas menyusut lebih 150 mata semenjak Isnin minggu lalu.
Pada masa yang sama, di Jepun import tahunan yang diukur pada November, menurun 1.7% dari November tahun lalu. Kejatuhan pertama dalam 3 bulan ini adalah kesan dari kejatuhan harga minyak sedunia. “Trade balance” Jepun terus dalam defisit untuk 29 bulan berturut-turut.
Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data dari Amerika Syarikat, data berimpak tinggi “interest rate decision” dari Jepun bakal menyaksikan reaksi sebenar pasaran terhadap polisi kewangan Bank of Japan yang dijangka terus mengekalkan “interest rate” pada 0.1% Apa yang akan menjadi tumpuan adalah sidang akhbar Perdana Menteri Shinzo Abe yang bakal memberikan kenyataan baru untuk program “Abenomics” versi 2.0 nya.





















































