
Walau bagaimanapun, Krismas yang bukan cuti umum di Jepun bakal menyaksikan dagangan Asia yang tipis dengan pelbagai data ekonomi yang bakal dilaporkan oleh agensi-agensi kerajaan negara matahari terbit itu. Antara laporan yang sangat dinantikan adalah inflasi tahunan jepun -“national consumer price index” – yang dijangka menyusut dari 2.9% kepada 2.7% Disamping itu, data ekonomi seperti “unemployment”, “industrial production” dan “household spending” juga bakal menjadi tumpuan para penganalisa pasaran. Gabenor Kuroda bakal berucap selepas laporan minit mesyurat BoJ dikeluarkan.
Dengan ketiadaan data dari Amerika Syarikat sehingga Selasa depan dan kebanyakan broker yang bercuti hari ini; pasaran Asia dijangka dalam dagangan tipis dan mood percutian lantaran cuti umum Krismas di kebanyakan negara.




















































