Dollar Yen terus meningkat 6 mata pada sesi Asia semalam untuk didagangkan sekitar 118.45 sebelum terus memacu ke paras tertinggi yang baru untuk minggu ini sekitar 119.20 pada sesi pembukaan New York. Walaupun dengan ketiadaan data berimpak tinggi untuk Jepun, sentimen pasaran masih terus “bearish” terhadap Yen yang didagangkan pada paras terendah untuk tahun ini.
Presiden Federal Reserve Bank New York, William Dudley, merangsang pasaran dengan berkata walaupun amat sukar untuk menaikkan kadar faedah, dalam keadaan sekarang semenjak dari krisis kewangan yang lalu, kenaikan ini adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan. Apabila Feds mula menaikkan kadar faedah, ini suatu petunjuk jelas yang ekonomi Ameriak Syarikat adalah betambah baik kata beliau lagi.
Bank of Japan sangat sangat memerlukan kejatuhan harga minyak kata Nicholas Spiro, ketua strategi Spiro Sovereign di London dalam satu kenyataan emailnya. Katanya lagi, ini akan menurunkan lagi kadar inflasi Jepun yang sudah pastinya akan menyebabkan penambahan pakej ransangan ekonomi yang boleh menyebabkan pulangan negatif terhadap pelaburan di Jepun.
Semalam Moody juga telah menurunkan penarafan kredit Jepun kepada A1 dari AA dengan menyatakan keraguan terhadap kemampuan Jepun untuk mencapai objektif pengurangan defisitnya dan menjana eknomi yang mampan sebagai kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia.
Dapatkan 100% Bonus atas nilai deposit anda jika anda bersama FxPrimus hari ini. Buka akaun segera – KLIK SINI