Aussie Dollar melonjak lebih 115 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 0.7315 sebelum menutup sekitar paras 0.7295; setelah laporan sentimen pengguna Westpac yang dicetak lebih tinggi daripada jangkaan mengejutkan pasaran, tetapi laporan inflasi yang bercampur-campur dari China memberi tekanan kepada dolar Australia.
Data menunjukkan import Cina jatuh 20% pada tahun ini hingga September, yang menunjukkan permintaan domestik yang jatuh; sekaligus menimbulkan tekanan kepada Beijing untuk memperkenalkan lebih banyak rangsangan ekonomi. China merupakan pasaran eksport yang besar bagi Australia dan dolar Australia digunakan sebagai proksi untuk pelaburan ke China.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran Amerika Syarikat, dolar AS mencecah paras terendah selama tiga minggu dan mata wang berkaitan komoditi jatuh keras selepas data import China yang mengecewakan; sekaligus meniupkan kebimbangan mengenai ekonomi global dan memperbesarkan sentimen bahawa Federal Reserve AS tidak akan menaikkan kadar sehingga 2016.