
Euro dijangka terus jatuh apabila ECB mula mengumumkan pakej ransangan ekonomi Quantitative Easing (QE) ala Amerika Syarikat pada Khamis minggu depan. Dalam satu kenyataan, Presiden ECB Mario Draghi berkata, ECB bersedia mengambil segala tindakan yang perlu bagi mengatasi kemelut ekonomi Euro-Zone. Inflasi yang rendah, membuktikan permintaan yang kurang dan aktiviti ekonomi yang menguncup.
Greece yang bakal berdepan pilihanraya presiden 25hb nanti, akan menentukan nasib matawang yang diguna pakai oleh 19 anggota Kesatuan Eropah itu. “Grexit” – pengeluaran Greece dari EU – satu isu yang bakal memberi tamparan hebat kepada Euro-Zone, sekiranya ia berlaku apabila parti Syriza menang 25hb ini. Jerman diberitakan sedang bersiap-sedia dengan rancangan alternatif sekiranya ia benar-benar berlaku.
Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka dalam dagangan tipis dan “ranging”. Walaupun demikian, para pedagang dijangka lebih suka untuk membuat “sell-on-rally”, lantaran sentimen “bearish” untuk Euro.





















































