Euro Dollar melonjak naik lebih 180 pips dari paras terendah harian, sekitar 1.0495 Khamis semalam, sebelum menutup pada sekitar 1.0635; selepas data ekonomi dari Jerman, Perancis, Sepanyol dan Euro-Zone secara keseluruhan menunjukkan perkembangan ekonomi yang baik. Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran EUR|USD sedang berada diatas pivot harian – sekitar 1.0605 – dan pada sokongan mingguan – sekitar 1.0570 serta ‘Pennant chart pattern’ dapat dilihat dengan jelas pada carta 4 jam ketika artikel ini ditulis, yang memungkinkan pacuan ke atas.
“Industrial production” Euro-Zone dilaporkan jauh lebih baik dari jangkaan, 1.2% berbanding 0.1% dan 0.6% pada sebelum ini. CPI Jerman keluar seperti jangkaan dan inflasi Perancis dilaporkan pada 0.7% berbanding -0.1% pada sebelum ini. Kadar Bon Sepanyol untuk 7 tahun juga, mengurang menunjukkan persepsi risiko yang semakin mengurang bagi para pelabur di Sepanyol.
“Retail sales” Amerika Syarikat yang keluar mengecewakan juga, sedikit sebanyak membantu sokongan untuk Euro, walaupun ini dilihat bersifat sementara. Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan “consumer sentiment index” yang dijangka bertambah baik. Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Eropah, Dollar dilihat bakal kembali menguasai pasaran.