Euro Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 115 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.1080 ke serendah 1.0965; setelah pasaran mula bergerak dalam sentimen ‘risk-on’ apabila Greece akhirnya bersetuju untuk perjanjian baru dengan pemiutangnya dan senario Greece keluar dari euro seolah-olah telah dapat dielakkan.
Indeks Dollar AS, yang mengukur Dollar AS berbanding sekumpulan mata wang, melonjak lebih tinggi selepas perjanjian antara pemimpin Greece dan Euro-Zone membuka jalan untuk satu perjanjian baru. Pakej yang dicadangkan, bernilai sebanyak €86 bilion dijangka memenuhi keperluan pembiayaan Greece untuk tiga tahun akan datang, dan sebagai balasan untuk perubahan kepada cukai dan sistem pencen Greece, penswastaan, dan pembaharuan pasaran.
Dengan krisis hutang Greece yang mula reda, perhatian kembali ke Federal Reserve AS dan kenaikan pertama “interest rate” kuasa ekonomi terbesar dunia itu. Namun laporan jualan runcit AS yang begitu mengecewakan semalam, membuatkan pasaran kembali pessimis. Sebaliknya, Bank Pusat Eropah dan Bank of Japan dilihat bakal meneruskan dasar mudah kewangan mereka buat beberapa waktu lagi.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni