Euro Dollar terus memacu naik, lebih 110 pips Rabu semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1490 sebelum menutup sekitar paras 1.1475; setelah data AS yang begitu mengecewakan melanda pasaran. Euro telah dipacu naik oleh kelemahan dolar AS, lantaran harga borong di Amerika Syarikat yang menurun pada bulan September dalam jumlah yang tertinggi sejak awal tahun ini.
Harga pengeluar mengukur apa yang pengeluar barangan domestik perlu bayar untuk pengeluaran mereka, selalunya pada point pertama jualan; sekaligus dilihat sebagai ukuran inflasi pada harga keseluruhan untuk pengeluaran, bukannya penggunaan. Penurunan 0.5% dalam indeks harga pengeluar adalah yang terbesar sejak Januari dan diikuti dengan tiada perubahan pada bulan Ogos, menurut laporan Jabatan Buruh AS semalam. Ramalan median ahli ekonomi yang dikaji oleh Bloomberg menggesa penurunan sebanyak 0.2%. Pada masa yang sama, kos pengeluaran susut 1.1% dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
[adrotate group=”6″]
Laporan CPI pula menunjukkan perbelanjaan pengguna AS yang suram pada bulan September. Jualan runcit meningkat 0.1% selepas sedikit perubahan sebulan lebih awal, menurut Jabatan Perdagangan AS. Walaupun pembelian kereta meningkat bulan lalu, rakyat Amerika menarik balik perbelanjaan untuk barangan lain. Jualan tidak termasuk kenderaan jatuh 0.3% – yang paling lemah sejak Januari.