Euro Dollar menyusut lebih 90 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.0885 sebelum menutup sekitar paras 1.0925; setelah Greece tidak dapat memenuhi janji untuk mencapai perjanjian dana kecemasan diikuti dengan penurunan dalam PMI Jerman. Euro menutup minggu lepas sedikit di atas $1.0980, tetapi dijual dengan segera apabila pasaran Asia dibuka. Kekurangan kemajuan dalam rundingan ke atas Greece mempengaruhi sentimen pasaran.
Euro mengalami tekanan kehilangan sokongan belian setelah Greece kekal buntu dalam rundingan dengan pemiutangnya. Greece terpaksa membayar balik €300 juta kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) minggu ini, di tengah-tengah cadangan bahawa IMF boleh membenarkan pembayaran sekaligus pada akhir bulan ini.
“Bayaran pada awal Jun berkemungkinan dibuat tetapi peluang untuk dana yang mencukupi yang boleh didapati di bawah tilam atau di belakang almari untuk melalui seluruh bulan adalah sukar. Alexis Tsipras, Perdana Menteri Greece, merungut tentang kekurangan fleksibiliti daripada pemiutang Greece. Apapun, perjanjian-saat akhir masih lebih mungkin daripada tidak. Kita akan tunggu dengan cemas.” menurut Kit Juckes pakar strategi makro Societe Generale.
Kekuatan baru dalam Dollar datang lebih awal daripada apa yang dijangka bakal menjadi minggu yang penuh aksi untuk pasaran Amerika Syarikat. Pelabur akan memberikan tumpuan kepada data utama – Non Farm Payroll pada Jumaat – bagi mendapat petunjuk lanjut mengenai kenaikan “interest rate” oleh Federal Reserve AS.