Euro Dollar merudum untuk hari ketiga berturut-turut, lebih 70 pips Isnin semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.1305 sebelum menutup sekitar paras 1.1325; menjelang pertemuan ECB pada hari Khamis ini dan keputusan FOMC minggu depan. Pendapatan korporat yang kurang memberangsangkan dalam pasaran ekuiti AS juga, memberati ke atas sentimen pasaran.
Di pasaran Eropah, Euro telah meningkat kepada paras tertinggi dalam masa 7 minggu pada sekitar $1.1495, awal minggu lalu selepas penunjuk ekonomi AS yang lemah dan kebimbangan mengenai ekonomi China yang melemahkan prospek kenaikan kadar Feds AS sebelum akhir tahun ini. Perbezaan dasar kewangan di antara Amerika Syarikat dan Euro-Zone juga turut menyokong dolar.
[adrotate group=”6″]
Sebaliknya, prospek inflasi Euro-Zone mengalami kemunduran, setelah pertumbuhan harga serantau dari tahun ke tahun menjadi negatif pada bulan lalu. Ini menimbulkan harapan bahawa ECB akan meningkatkan atau melanjutkan program pelonggaran kuantitatif di mana ia bertujuan membeli €1.1 trilion bon. “Dalam tempoh terdekat, dolar boleh mendapat lebih permintaan berbanding euro, kerana ada lagi spekulasi mengenai QE tambahan dari ECB,” menurut penganalisis di State Street Global.