Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 70 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.0875 ke serendah $1.0805, sebelum menutup sekitar paras $1.0865 yang lebih tinggi dari pembukaan sekitar $1.0825; setelah pasaran dilihat menilai semula kadar tukaran EUR/USD selepas kenaikan kadar Feds yang pertama dalam masa hampir sedekad dan pengumuman ECB yang mengejutkan sebelum daripada itu.
Pada awal Disember, ECB menyemak turun unjuran inflasi untuk 2017 sebanyak 0.1%, kedua-dua inflasi utama dan teras, masing-masing kepada 1.6% dan 1.5%. Sementara itu, Bank Pusat Eropah memutuskan untuk mengurangkan kadar deposit sebanyak 0.1% kepada -0.3%, bagi mengelakkan sebarang kekangan keadaan monetari, sekaligus menjadikan kadar pulangan sebenar untuk bon jangka sederhana stabil.
[adrotate group=”6″]
Walau bagaimanapun, ramalan ECB yang terbaru itu telah dibuat di bawah andaian bahawa harga minyak gred Brent dengan purata $52.2 setong dan $57.5 setong, masing-masing pada 2016 dan 2017. Oleh itu, dalam buletin ekonomi terakhirnya ECB menjangka kesan asas yang menggalakkan dalam harga tenaga dan bahan api untuk membantu menaikkan inflasi sebanyak 1.3% antara November 2015 dan Oktober 2016.
Dengan andaian harga minyak akan kekal stabil pada $35 setong, dianggarkan bahawa kesan asas yang dikaitkan dengan harga tenaga dan bahan api bagi 2016, hanya kira-kira separuh daripada jangkaan dan harapan ECB. Oleh itu, walaupun inflasi Euro-Zone masih meningkat dalam dua bulan yang akan datang, ia hanya akan sampai ke paras tahunan kira-kira 0.6% pada bulan Januari 2016. Selepas itu, inflasi sekali lagi akan turun ke bawah sebelum meningkat semula pada pertengahan tahun depan.