Euro Dollar berada dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan paras tertinggi harian sekitar 1.1341 dan terendah sekitar 1.1295; selepas GDP Jerman dilaporkan stabil seperti jangkaan dan CPI Euro-Zone yang juga stabil. Pada masa yang sama, permohonan Greece diberitakan diterima ECB, tetapi pasaran tidak banyak memberi reaksi sehingga presiden Feds, Janet Yellen, memberi kenyataan di kongres AS.
Para pelabur, pengurus dana dan pedagang mula memberikan perhatian kepada sidang media tersebut dan Dollar dilihat mula medapat permintaan. Selasa semalam, presiden Feds tersebut mengatakan bahawa badan kewangan tersebut akan terus bersabar untuk beberapa ketika sebelum menaikkan “interest rate”. Keadaan tersebut menyebabkan aset seperti emas terus memacu naik dan berada diatas harga kos produksi $1,200.
Hari ini presiden ECB Mario Draghi, bakal berucap lagi dan memberi kata putus kepada cadangan Greece dan Presiden Federal Reserve Janet Yellen bakal meneruskan kenyataan kepada kongres Amerika disamping data “new home sales” bulanan yang dijangka menyusut dari 480 ribu kepada 470 ribu. Pasaran dijangka terus ‘ranging’ melainkan terdapat kejutan pasaran.