Euro Dollar yang memacu naik lebih 120 pips pada sesi pagi dagangan London Selasa semalam, hingga mencapai paras tertinggi harian, sekitar 1.1030; terpaksa beralah apabila Dollar kembali mendapat permintaan, setelah laporan CPI dan “new home sales” Amerika Syarikat keluar lebih baik dari jangkaan. Ketika artikel ini ditulis, kadar tukaran EUR|USD berada di bawah pivot harian pada sekitar 1.0950
Di Eropah, laporan “manufacturing PMI” Euro-Zone dilaporkan lebih baik, pada 51.9 berbanding 51 sebelumnya dan 51.5 jangkaan. Pada masa yang sama, Jerman mencatat aktiviti perkilangan yang meningkat kepada 52.4 berbanding 51.1 pada sebelumnya dan 51.5 jangkaan. Walau bagaimanapun, Perancis sedikit megecewakan apabila laporan “manufacturing PMI” nya berada pada 48.2 berbanding 48.5 jangkaan, walaupun lebih baik dari 47.6 pada sebelumnya.
Hari ini Jerman bakal melaporkan penilaian IFO terhadap prestasi industri dan perniagaan dalam negaranya. Laporan penilaian yang dijangka lebih baik itu, dilihat berpotensi menjana permintaan untuk Euro, terutamanya dengan Amerika Syarikat yang dijangka melaporkan “durable goods orders” yang semakin meleset dari 2.8% kepada hanya 0.4%