Euro Dollar menjunam lebih 150 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.1380, selepas data “core CPI” dan “durable goods orders” Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan dan diberitakan juga pihak IMF telah menolak cadangan reformasi Greece. Ketika artikel ini ditulis, kadar tukaran EUR|USD berada di antara 1.1200 dan 1.1220 dengan pivot harian sekitar 1.1255
Komisioner ECB Valdis Dombrovskis, telah menangguhkan defisit belanjawan untuk Perancis sehingga 2017 selepas Paris gagal memenuhi tarikh luput pada awal tahun 2015 lalu. Tambah beliau lagi, ECB telah pun menghantar cadangan yang baru, bagaimana Perancis dapat mengatasi defisitnya yang melampau dan mengekangnya dibawah 3% pada 2017. Perancis, Itali dan Belgium nyaris-nyaris didenda ECB kerana kadar hutang luar negara yang melebihi had yang dibenarkan oleh badan kewangan Eropah itu.
Hari ini Jerman bakal melaporkan CPI bulanan dan tahunannya, dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan GDPnya. Jerman dijangka memberi bacaan yang lebih baik berbanding Amerika Syarikat yang GDPnya dijangka meleset dari 2.6% kepada 2.1% Keadaan ini dilihat memihak kepada Euro, walaupun ianya dijangka hanya sementara ekoran krisis ‘Grexit’ yang kembali panas.