Euro Dollar memacu naik semula, lebih 180 pips dari paras terendah sesi Asia, sekitar 1.1097 Isnin semalam; apabila para pengurus dana mula mengambil untung jualan mereka, bagi menutup buku dagangan bulan Januari 2015. Pasaran juga mula berasa lega apabila, perdana menteri baru yang bakal dilantik dari Parti Syriza, Alexis Tsipras, mengatakan bahawa Greece akan terus menggunakan matawang Euro dan sebarang perpecahan dari Kesatuan Eropah hanyalah akan mengundang padah.
Pada masa yang sama, beliau berkata Greece akan berbincang lebih lanjut dengan “troika” – EU, ECB, IMF – bagi membatalkan sebahagian dari hutang Greece yang berjumlah 260 bilion Euro itu. Sehingga kini, tiada manfaat yang nyata dari hutang tersebut dan Greece masih terus dibelenggu dengan masalah ekonomi, kata beliau lagi. Ekoran dari kenyataan tersebut, harga bon kerajaan Greece jatuh di pasaran modal sekaligus menaikkan pulangan kepada 8.5% berbanding 8.17% pada sebelum pilihanraya presiden Ahad lalu.
Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Euro-Zone hari ini, Dollar dilihat bakal kembali menguasai pasaran terutamanya dengan data ekonomi Amerika Syarikat – “new home sales” yang dijangka meningkat sebanyak 10 ribu dan “durable good orders” yang juga dijangka meningkat sebanyak 1.3% berbanding sebelumnya.
Belajar analisa fundamental cara MoshedFX, dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex di sini – Klik Sini