Euro Dollar terus memacu naik lebih 195 pips Selasa semalam, untuk mencapai sekitar 1.1422, apabila Suisse National Bank (SNB) diberitakan bersedia untuk melakukan intervensi dalam pasaran; sekaligus menaikkan nilai tukaran EUR|CHF kepada atas parity 1:1. Pada masa yang sama, data “durable goods orders” dari Amerika Syarikat yang dilaporkan jauh meleset dari jangkaan, menambah sokongan terhadap Euro.
Di pasaran ekuiti Eropah pula, Index Euro Stoxx 50 dilaporkan terus memacu naik, mengatasi resistance tahun lepas, sekitar 3330. Pada ketika artikel ini ditulis, Index tersebut berada diatas pivot mingguan sekitar 3328.32, sekaligus menunjukkan pasaran ekuiti Eropah yang kembali “bullish”. Pilihanraya Greece yang berjalan lancar, dan kesediaan perdana menteri Greece yang baru, untuk terus kekal dalam Euro-Zone serta merubah polisi ekonomi fiskal Greece; mengembalikan keyakinan para pelabur.
Walau bagaimanapun, mesyuarat FOMC lewat petang New York nanti, atau awal pagi Khamis, bakal menentukan hala tuju Dollar selanjutnya. Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari Euro-Zone hari ini, pasaran dilihat lebih memihak kepada Dollar terutamanya jika Federal Reserve kekal optimistik dengan masa depan ekonomi Amerika Syarikat dan kenaikan “interest rate”.
Belajar analisa fundamental cara MoshedFX, dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex di sini – Klik Sini