Euro Dollar melonjak lebih 95 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1245 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah tiada siaran ekonomi dari Euro-Zone semalam, dan pemangkin di sebalik mana-mana pergerakan dan turun naik pasaran matawang, mungkin dari data perbelanjaan dan pendapatan peribadi AS.
Di pasaran global, berita mengecewakan dari China Isnin semalam, seolah-olah memberati keghairahan yang dicipta oleh Presiden ECB Mario Draghi minggu lepas. Dalam ucapan yang disediakan di hadapan Jawatankuasa Parlimen Eropah bagi Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan itu, beliau berkata ECB memerlukan lebih banyak masa untuk menilai sama ada mahu meningkatkan program rangsangannya.
[adrotate group=”6″]
Encik Draghi berkata bank pusat Eropah itu sudah bersedia untuk bertindak, tetapi memerlukan lebih banyak bukti untuk melihat jika kelembapan di pasaran negara membangun, kekuatan Euro dan kejatuhan harga komoditi akan mengetuk inflasi jatuh daripada sasaran yang diunjurkan.
Di pasaran Amerika Syarikat pula, Federal Reserve mahu melihat pendapatan dan perbelanjaan peribadi yang semakin meningkat kerana ia menyumbang kepada ekonomi yang sihat. Sejak keputusan kadar Feds adalah bergantung kepada data ekonomi, sebarang data yang mencapai atau melebihi anggaran penganalisis, boleh membantu memacu Dolar Amerika Syarikat ke paras yang lebih tinggi.