Euro Dollar memacu naik lebih 75 pips dari paras terendah harian sekitar 1.1160 pada awal sesi pagi London; setelah kebanyakan data “manufacturing PMI” ekonomi teras Euro-Zone dilaporkan lebih baik dari jangkaan, dengan Itali yang mendahului pada 51.9 berbanding 50.3 dan Jerman pada 51.1 berbanding 50.9 Malangnya Sepanyol dan Perancis, kedua-duanya meleset dari jangkaan. Walau bagaimanapun pasaran dilihat lebih cenderung kepada aktiviti pengambilan untung.
Pasaran pekerjaan pula dilaporkan bertambah baik dengan kadar pengangguran Euro-Zone yang menurun dari 11.3% pada December 2014 kepada 11.2% pada Januari 2015. Euro-Stats melaporkan pada akhir Januari, masih terdapat lebih kurang 18 juta tenaga kerja yang masih menganggur. Harga minyak mentah yang merudum, tidak merisaukan ECB kerana ianya dilihat positif ekoran kos yang menurun; sekaligus menggalakkan perbelanjaan pengguna.
Hari ini data “retail sales” Jerman bakal menjadi tumpuan dengan jangkaan bulanan yang meningkat dan tahunan yang menurun. Jualan runcit bulanan dijangka meningkat dari 0.2% kepada 0.4% dan tahunan menurun dari 4.0% kepada 2.7% Ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat memungkinkan euro menguasai pasaran, terutamanya dengan NFP yang dijangka meleset dari 257 ribu kepada 240 ribu pekerja, Jumaat ini.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni