Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 45 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.0945 ke serendah $1.0900, sebelum menutup sekitar paras $1.0930 yang lebih tinggi dari pembukaan sekitar $1.0920; setelah pasaran menuju ke percutian dan sesi terakhir tahun ini.
Di pasaran Eropah, Sepanyol melaporkan inflasi sifar meleset dari jangkaan 0.1%, walaupun lebih baik dari -0.3% pada sebelumnya. Pada masa yang sama, ECB melaporkan bekalan wang tunai turun kepada 5.1% pada November lalu daripada 5.3% pada Oktober. Penganalisis menjangkakan penurunan hanya kepada 5.2% sahaja pada bulan November. Inflasi yang rendah menunjukkan aktiviti ekonomi yang berkurang, kerana para peniaga terpaksa menurunkan harga lantaran kurangnya permintaan.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran AS pula, Persatuan Perumahan Kebangsaan AS melaporkan jualan rumah yang sedang dibina pada bulan November, merudum 0.9% dibawah sifar, berbanding dengan jangkaan kenaikan 0.6% dan 0.4% pada bulan Oktober. Malam nanti, Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka meningkat dari 267 ribu kepada 274 ribu pemohon. Tiada sebarang laporan ekonomi dari Eropah hari ini.