Euro Dollar menjunam lebih 140 pips dalam masa 3 jam Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.1085 sebelum menutup sekitar paras 1.1120; setelah Presiden ECB Mario Draghi memberikan sidang akhbar mengenai keputusan dasar terkini bank pusat itu pada pukul 1.30 petang waktu London.
ECB melahirkan kebimbangan mengenai pertumbuhan global yang diketuai oleh China, semakin perlahan. Kesan daripada kejatuhan harga komoditi juga boleh memainkan peranan dalam unjuran untuk pertumbuhan ekonomi dan inflasi. Kegawatan baru-baru ini dalam pasaran global, ditambah pula dengan kejatuhan harga minyak boleh menggagalkan program QE ECB untuk mencapai sasaran inflasi 2%.
[adrotate group=”6″]
Spekulasi pasaran meningkat bahawa ECB boleh mengembangkan program QE melalui peningkatan dalam saiz atau melaksanakannya pada kadar yang lebih cepat. Secara keseluruhan, sentimen pasaran merasakan kadar tukaran EUR/USD akan menguji paras pariti pada masa depan. Pacuan baru-baru ini ke arah 1.2000 masih kekal sebagai titik rintangan psikologi untuk ‘pair’ tersebut.