Euro US Dollar jatuh lebih 200 pip selepas US Dollar pulih dari kejatuhan teruk selasa lepas. Ia pulih berikutan keadaan Greek yang hampir untuk perudingan.
Redanya kebimbangan kepada hutang piutang Greek sebelum ini telah menekan lagi US Dollar setelah tekanan berikutan harga minyak dunia yang meningkat dan ucapan Kocherlakota yang mengatakan Fed tidak akan dan tidak boleh menaikkan Intest Rate pada tahun 2015.
Menurut Mark McCormick, penganalisis matawang di Credit Agricole New York, “Ramai sekarang hanya fokus kepada berita tentang risiko, itulah sebabnya matawang lain dapat memberi tekanan kepada Dollar dengan teruk sekali.”
Namun, sentimen pasaran terhadap ekonomi AS kekal positif, disokong penyata Rizab Persekutuan minggu lalu, di mana Fed berkata pertumbuhan kukuh dalam ekonomi. Fed kekal di landasan yang betul untuk menaikkan kadar selepas ini pada tahun 2015, dan dolar mungkin akan mendapat manfaat kerana spekulasi berterusan sepanjang masa situasi kenaikan kadar faedah tersebut.
Data Trade Balance dan Unemployment Claims yang bakal keluar pada 9.30pm hari ini dijangka baik dan memberikan kesan positif kepada matawang US Dollar itu bagi berhadapan dengan berita NFP. Walau bagaimanapun spekulasi untuk mendapatkan harga US Dollar lebih rendah dan lebih baik sebelum berita NFP bakal mengekalkan Euro US Dollar didagangkan dalam situasi berjaga-jaga.
Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI