Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 90 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.0885 ke serendah 1.0795, sebelum menutup sekitar paras 1.0835 lebih rendah dari pembukaan sekitar 1.0875; setelah para trader dilihat menyesuaikan diri dengan kejutan ECB minggu lepas, serta data pekerjaan yang lebih kukuh dari Amerika Syarikat.
Sebelum daripada laporan pekerjaan AS yang memberansangkan tersebut, pasaran niaga hadapan telah meletakkan hanya sekitar 70% kemungkinan bahawa Federal Reserve AS akan meningkatkan kadar buat kali pertama sejak krisis kewangan global pada 2007-09. Walau bagaimanapun, dalam beberapa minit selepas data NFP AS, pasaran niaga hadapan yang sama telah menaikkan kemungkinan tersebut kepada 79.1%.
[adrotate group=”6″]
Pada masa yang sama, Goldman Sachs Group Inc. menaikkan nilai ramalan bagi Euro, apabila ketua strategi mata wangnya Robin Brooks, mengatakan dia hilang kepercayaan bahawa pegawai-pegawai ECB adalah “sepenuh hati” dalam melaksanakan dasar pemulihan semula. Brooks menjangka Euro akan melemah kepada $1.07 dalam tiga bulan, $1.05 dalam 6 bulan dan $1.00 dalam 12 bulan. Sebelum ini beliau menjangka $1.02, $1.00 dan $0.95 untuk tempoh-tempoh tersebut. Pada akhir 2017 Euro dijangka pada $0.90 berbanding ramalan sebelumnya pada $0.80, tambah beliau lagi.