Euro Dollar yang mulanya “ranging” pada Selasa lalu, mula merudum pada sesi petang dagangan New York, dengan kejatuhan hampir 150 mata apabila pasaran New York dibuka semula, Rabu semalam. CPI tahunan Euro-Zone yang mengesahkan kejatuhan negara kesatuan eropah kedalam deflasi apabila laporan menyebut -0.2% berbanding 0.3% sebelumnya, tambah memburukkan keadaan; ditambah kadar pengangguran yang meningkat di Itali, walaupun ianya stabil secara keseluruhan, malah lebih baik di Jerman.
Akhbar tabloid Jerman, The Bild, melaporkan bahawa agensi kerajaan Jerman amat runsing dengan kemungkinan kejatuhan institusi perbankan, apabila rakyat Greece menyerbu bank-bank tempatan bagi mengeluarkan deposits euro mereka. Bancian pengundi yang menunjukkan kelebihan undi dipihak Parti Syriza, mendorong Jerman merangka dan merancang langkah perubahan seandainya “Grexit” benar-benar berlaku.
Di Amerika Syarikat pula, Federal Reserve dijangka terus tegas dengan kenaikan “interest rate” seawal April 2015. Buat masa ini, sebarang data ekonomi dari Euro-Zone dilihat tidak memberi sebarang makna, sehingga krisis politik Greece selesai dan ECB menyatakan langkah selanjutnya untuk membaik pulih ekonomi Euro-Zone yang dilihat diambang kehancuran. Morgan Stanley dalam satu kenyataan kepada pelanggannya, melihat kejatuhan EUR|USD ke serendah 1.1200 pada hujung 2015.
Buka akaun demo di One Financial Markets, anda berpeluang memenangi satu akaun trading TANPA RUGI – Info Lanjut Klik Sini