Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 60 pips, dari paras tertinggi harian sekitar 1.5615 ke serendah 1.5555; setelah ketiadaa sebarang berita berimpak tinggi dari UK serta tidak banyak reaksi diberikan kepada data kos pekerja Amerika Syarikat.
Di pasaran UK, Retail Consortium British, suatu badan industri, berkata perbelanjaan runcit meningkat sebanyak 2.2% tahun ke tahun pada bulan lalu – hampir kepada purata jangka panjang – selepas meningkat 2.9% pada Jun. Hasilnya, jumlah jualan runcit meningkat 2.2% pada bulan Julai, berbanding dengan peningkatan 1.3% pada bulan yang sama tahun lepas, menurut perangkaan oleh BRC dan KPMG.
Angka jualan juga mendedahkan bahawa kedai-kedai konservatif dan dalam talian telah membuat sumbangan yang sama kepada pertumbuhan jualan, hasil daripada populariti perkhidmatan ‘click-and-collect’.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni