
Pound dijangka terus merudum ekoran sentimen “bearish” yang mula parah, apabila GDP UK keluar jauh meleset dari jangkaan tempoh hari. Masalah ekonomi yang melanda pelbagai negara Kesatuan Eropah, nampaknya mula menular ke United Kingdom kerana Euro-Zone adalah antara rakan dagang UK. Tanda-tanda penguncupan ekonomi Jerman, sudah tentu merisaukan Majlis MPC BoE kerana Jerman merupakan rakan dagang UK yang kedua terbesar selepas Amerika Syarikat.
Hari ini tiada sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara. Pasaran dijangka dalam dagangan tipis dan “ranging”.





















































