Pound Dollar yang meningkat lebih 100 pips pada sesi Asia Khamis semalam, hingga mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5026, menjunam semula lebih 170 pips pada sesi pagi New York; selepas ucapan Gabenor Mark Carney yang tidak begitu memberansangkan. Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran GBP|USD berada dibawah pivot harian – sekitar 1.4920
Dalam satu bancian oleh Reuters, kenaikan “interest rate” sebanyak 25 ke 75 basis points oleh Bank of England, adalah dijangka pada sekitar suku pertama 2016. Credit Suisse diberitakan telah menjual Pound pada kadar 1.50 Dollar dengan Stop pada 1.5102 dan Limit pada 1.4350 dan Morgan Stanley pula telah membuat Buy Stop pada 1.51
Gabenor Mark Carney dalam ucapannya mengatakan, cubaan untuk menurunkan “interest rate” bagi mengatasi masalah deflasi yang disebabkan kejatuhan harga minyak, adalah sebagai langkah kurang bijak. Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari UK hari ini, Dollar dilihat berpotensi untuk terus menguasai pasaran, terutamanya dengan “consumer sentiment index” yang dijangka lebih baik.