Pound Dollar terus memacu naik lebih 145 pips Selasa semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.5555 sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 1.5665; setelah Pound terus menerus mendapat permintaan pasca pilihanraya umum Mei 2015. Data ekonomi juga adalah sangat kuat di UK semalam, selepas pengeluaran perindustrian meningkat diluar jangkaan sebanyak 0.4% berbanding 0.3% jangkaan; sekaligus menambah harapan kepada ekonomi UK untuk suku pertama 2015.
Sektor pengeluaran telah menghadapi masa-masa yang mencabar sejak beberapa bulan kebelakangan ini, disebabkan oleh kejatuhan dalam pengeluaran minyak dan gas di Laut Utara; apabila harga minyak jatuh ke paras terendah yang baru dalam pasaran antarabangsa. Walau bagaimanapun, industri pengeluaran mencatatkan pemulihan kukuh pada bulan Mac lalu, dan meningkatkan keluarannya pada kadar terpantas dalam lebih setahun, ketika harga minyak global kembali stabil.
Peningkatan dalam sektor perindustrian di Britain, yang menambah kepada pemulihan pada tahun 2014, adalah tanda ekonomi UK akan kekal sihat untuk 2015. Data rasmi sebelumnya menunjukkan para pekilang dipercayai mengekang pertumbuhan ekonomi pada suku pertama, tetapi angka-angka semalam menunjukkan mereka benar-benar membuat sumbangan positif, walaupun kecil, kepada GDP negara.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni