Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 65 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5250 ke serendah 1.5185, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; setelah kadar tukaran GBP/USD mendapat sudut positif dengan kenaikan sedikit apabila Dollar AS susut menjelang pengumuman data perumahan AS dan minit FOMC semalam.
Pembuat dasar Bank of England Encik Broadbent memberi amaran kepada pelabur supaya tidak terlalu banyak meletakkan harapa dalam pasaran kewangan bahawa BoE akan menaikkan kadar, yang kini menunjukkan peningkatan yang pertama mungkin dalam masa lebih daripada setahun lagi. Timbalan Gabenor BoE Ben Broadbent, ketika berucap di acara Reuters semalam berkata spekulasi pasaran tentang kenaikan kadar yang rendah untuk mula meningkat akan berisiko untuk berubah dengan pantas, dan penganalisis tidak boleh “terlalu taksub” dengan ramalan Bank of England.
[adrotate group=”6″]
Sebaliknya, pelabur perlu melakukan yang lebih baik dengan mengkaji faktor-faktor asas yang terus memacu ekonomi, tambah beliau lagi dalam ucapannya. Ekonomi Britain telah berkembang lebih cepat daripada mana-mana negara maju, sejak dua tahun yang lalu; tetapi inflasi kekal di bawah sifar dan pertumbuhan upah dan gaji, walaupun semakin meningkat, ianya adalah lebih lemah daripada sebelum krisis kewangan 2008.