Pound Dollar berada dalam dagangan “ranging” Isnin semalam, dengan pergerakan tidak sampai 70 mata, sebelum jatuh lagi ke serendah sekitar 1.5055 pada awal sesi Asia hari ni. Nilai tukaran GBP|USD yang telah merudum lebih 2000 mata sepanjang 6 bulan yang lalu, menyebabkan ianya lebih murah untuk insitutsi-institusi pelaburan Amerika Syarikat memindahkan dana mereka ke United Kingdom.
Gabenor BoE, Mark Carney dalam satu kenyataan mengatakan, kos sara hidup rakyat dijangka lebih murah dengan kejatuhan harga minyak mentah yang menjadi nadi ekonomi dunia. Komen beliau itu diberi sebaik sahaja Jabatan Statistik UK melaporkan inflasi menyusut dari 1% pada November kepada 0.5% pada December 2014 lalu – kadar yang terendah sejak tahun 2000. Walau bagaimanapun, penurunan kadar inflasi, dipanggil juga deflasi, yang baik untuk rakyat ini, bukanlah sesuatu yang mutlak; kerana ia juga menunjukkan penurunan aktiviti ekonomi kerana permintaan yang mengurang.
Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka dalam dagangan tipis dan “ranging”. Sebarang kenaikan nilai tukaran GBP|USD, dilihat sebagai satu peluang untuk terus menjual.