Pound Dollar yang memacu naik lebih 95 pips pada sesi Eropah Jumaat lalu, jatuh lebih 135 pips untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5515 sebelum menutup sekitar paras 1.5525; setelah keputusan Federal Reserve AS untuk menahan kenaikan kadar tetapi pasaran dijamin akan mendapat peningkatan sebelum akhir 2015.
Kenyataan Presiden Feds Janet Yellen semasa persidangan akhbar, beliau mengatakan bahawa, “prospek di luar negara nampaknya telah menjadi lebih tidak menentu, dan terdapat turun naik yang ketara dalam pasaran kewangan,” telah menunjukkan bahawa dasar kenaikan kadar Feds mungkin masih jauh lagi.
[adrotate group=”6″]
Dalam pada itu di Pasaran UK, ketua ekonomi Bank of England mengulangi sekali lagi penentangannya terhadap kenaikan kadar dalam masa terdekat, dan berkata dasar boleh dilonggarkan sama seperti mengetatkannya, jika UK terjejas oleh kegawatan dalam pasaran negara membangun.
Andy Haldane menggunakan ucapan kepada pemilik perniagaan di Ireland Utara untuk membincangkan peristiwa dalam ekonomi Greece dan di China; di mana kelembapan ekonomi telah berlaku serentak dengan kejatuhan pasaran saham, sekaligus menghantar kegelisahan keseluruh pasaran global.