Pound Dollar melonjak lebih 80 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4900 sebelum menutup sekitar paras $1.4870; setelah para pelabur dan pengurus dana dilihat mengambil untung jualan bagi menutup buku dagangan bulan Disember dan tahun 2015. Dalam pada itu, ekonomi UK dilaporkan meningkat kurang dari yang dijangkakan. Ekonomi Britain mencatatkan pertumbuhan 0.4% pada suku ketiga, turun daripada anggaran awal sebanyak 0.5%, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan UK semalam.
Jurucakap Perbendaharaan UK berkata: “Kita perlu jelas, seperti laporan IMF pada awal bulan ini bahawa prestasi ekonomi UK baru-baru ini telah bertambah kukuh. UK merupakan ekonomi yang paling pesat berkembang dalam G7 tahun lepas, mendahului bersama Amerika Syarikat dengan mempunyai rekod kadar pekerjaan yang tinggi dan penurunan defisit.” Pada masa yang sama, Ruth Miller, pakar ekonomi UK di Capital Economics London berkata, angka menunjukkan bahawa “pemulihan ekonomi mempunyai momentum yang kurang dari jangkaan dan masih kelihatan membimbangkan kerana tidak seimbang”.
[adrotate group=”6″]
Defisit akaun semasa UK tidak disangka-sangka dilaporkan stabil pada suku ketiga 2015, berada pada tahap paling rendah sejak suku ketiga 2013, apabila kekurangan dalam pendapatan pelaburan distabilkan dan mengimbangi jumlah defisit perdagangan yang melebar. Angka-angka KDNK menunjukkan masalah ekonomi UK yang banyak bergantung kepada permintaan domestik, menurut Nina Skero dari Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan UK.