Pound Dollar naik hampir 140 mata apabila berita Existing Home Sales jatuh teruk kepada 4.82M berbanding 5.07M pada keputusan sebelumnya. Ini memberi kelebihan kepada Pound apabila sentiment kenaikan interest rate membantu menjadi pemangkin untuk kenaikan GBP/USD ke paras 1.5473.
Walau bagaimanapun, hampir separuh daripada eksport UK adalah untuk pasaran di zon Euro, menjadikan ekonomi yang sangat sensitif kepada kegawatan ekonomi yang merentasi Selat Inggeris itu. Tambahan pula, Pound sering bertindak sebagai syurga selamat serantau pada masa-masa genting apabila kemajuan ekonomi Euro sedang dipersoalkan. Ini membuka pintu untuk turun naik nilai yang kuat sekiranya Zon Euro mengalami kesan yang buruk dari masalah ekonominya.
Pound yang ranging pada kadar 150 pips, akan mula membuat gerakan besar apabila isu Pilihan Raya dimainkan. Data menunjukkan British Wage berkembang dengan kukuh, mengatasi inflasi dengan margin yang besar sejak sebelum terjadinya krisis kewangan. Minit mesyuarat dari Bank tentang dasar terbaru England juga menunjukkan dua pembuat dasar BoE mengundi untuk menaikkan kadar Interest Rate pada separuh kedua tahun ini.
Dolar dilihat menjadi simpanan yang lebih baik ketika ini, berhadapan dengan Pengerusi Fed Janet Yallen yang akan memberikan komen terhadap kemajuan perjanjian EU-Greek Bailout pada 11 malam ini(waktu Malaysia). Walau bagaimanapun tindakan hati-hati peniaga semakin kuat menunggu Inflation Report Hearing dijadualkan jam 6 petang ini, kerana ia mungkin diambil kesempatan oleh spekulator untuk mendapatkan harga cantik bagi GBPUSD. Sekaligus membuat keuntungan sebaik sahaja Janet Yallen berucap.