Pound Dollar yang jatuh lebih 70 pips sepanjang sesi Asia Isnin semalam, kembali memacu naik untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.5260, sebelum menutup lebih tinggi apabila pasaran terus membeli Pound selama dua minggu berturut-turut; terkesan dari komen dalam minit mesyuarat majlis MPC Bank of England yang mengatakan kenaikan “interest rate” masih dalam perbincangan dalam beberapa bulan akan datang.
Para pedagang telah banyak memberikan tumpuan kepada berita negatif dari positif semenjak tahun baru 2015; sekaligus menjatuhkan nilai mata wang UK ke paras terendah dalam masa lima tahun, sekitar 1.4565 pada awal bulan ini. Selain dari ketidakpastian daripada pilihan raya umum UK pada 7 Mei, deflasi dan risiko kepada pertumbuhan ekonomi, semuanya telah melemahkan Sterling.
Selepas daripada minit BoE, pulangan jangka masa pendek bon UK meningkat lebih baik daripada bon jangka panjang. Para pedagang bakal melihat kepada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank of England yang akan datang untuk sebarang kejutan, tetapi pergerakan harga yang rendah di pasaran matawang, mencadangkan beberapa pegawai BOE akan membuat perubahan kepada dasar atau mengeluarkan satu kenyataan selepas mesyuarat.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni