Pound Dollar terus merudum untuk hari ketujuh berturut-turut, lebih 80 pips Isnin semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5155 sebelum menutup sekitar paras 1.5175; setelah para pelabur menunggu isyarat baru daripada pegawai-pegawai Feds mengenai masa kenaikan kadar pertama sejak 2006.
Di pasaran UK Isnin semalam, Timbalan Gabenor Bank of England Encik Cunliffe ketika bercakap di Paris pada sidang pengawalan bank, menyuarakan kebimbangan mengenai risiko kewangan yang timbul di pasaran membangun. Cunliffe berkata, ketidakcairan dana boleh membawa risiko pengeluaran dana dan berkata, “Demi mengakhiri krisis terlalu besar untuk gagal, apa yang kita lakukan adalah dengan mengurangkan leverage dalam sistem perbankan dengan menjadikan pemegang bon sebagai brek terhadap risiko berlebihan.”
[adrotate group=”6″]
Dalam pada itu, Pound British lemah berbanding dolar AS selepas William Dudley, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Federal Reserve AS New York berkata, bank pusat AS itu mungkin akan menaikkan kadar pada akhir tahun ini. Beliau tidak melakukan apa-apa untuk menenangkan para pedagang, apabila beliau berkata walaupun pelabur mahu kepastian bila kadar akan dinaikkan, ianya tidak mungkin dapat ditentukan dengan pasti.
Pulangan Bon Perbendaharaan 30 Tahun dan Nota Perbendaharaan 10 Tahun AS yang diumumkan di dalam berita serta Pulangan Bon 2-Tahun; sangat sensitif kepada perubahan dalam prospek kadar Feds, mencecah paras tertinggi pada sesi semalam. Peningkatan pulangan membuat Dolar Amerika Syarikat pelaburan yang lebih menarik, sekaligus mendesak Sterling lebih rendah.