Pound Dollar yang membuka dengan lebih 50 pips ‘gap-down’ Isnin semalam, sekitar 1.5690 kembali memacu naik untuk menutup gap dan kini berada sekitar 1.5720 ketika artikel ini ditulis; setelah krisis Grexit menjangkiti pasaran UK. Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata semalam bahawa dia fikir ia akan menjadi sukar bagi Greece, untuk terus berada didalam mata wang tunggal Euro, jika Greece mengundi untuk menolak perjanjian daripada pemiutang antarabangsa dalam referendum yang akan datang, menurut Reuters.
“Jika mereka mengundi menolak, maka saya merasa sukar untuk melihat bagaimana ianya konsisten dengan kekal dalam euro, kerana akan ada, saya fikir, masalah yang sangat penting. Tetapi ia adalah hak rakyat Greece untuk membuat keputusan, “kata Cameron kepada BBC radio. Beliau berkata, beliau mahu melihat perjanjian dicapai antara Athens dan EU demi kestabilan, dan menambah bahawa krisis itu menunjukkan keperluan untuk blok ekonomi Euro-Zone menjadi lebih fleksibel.
Kelemahan seterusnya adalah mungkin, walaupun kadar tukaran GBP|USD kelihatan dalam bentuk yang lebih baik selepas pembetulan yang terbaru. Keadaan ini mengambil sebahagian wang yang lebih spekulatif dari dagangan, yang mahu kadar GBP|USD jatuh lebih jauh, bagi pengurus dana AS mendapatkan aset-aset berharga Britain dengan harga yang lebih murah.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni