Pound Dollar merudum lagi Selasa semalam, dengan kejatuhan lebih 100 mata untuk membuat paras terendah 1.5152 apabila “services PMI” UK dilaporkan jauh meleset dari jangkaan, 55.8 berbanding 58.5, malah lebih buruk dari sebelumnya 58.6 Amerika Syarikat pula, melaporkan “non-manufacturing PMI”, yang juga jauh meleset dari jangkaan, 56.2 berbanding 58.2, malah lebih buruk dari sebelumnya 59.3; membantu menstabilkan penjualan terus Pound sepanjang sesi dagangan New York.
Data ekonomi dari UK yang semakin mengecewakan, merencatkan spekulasi pasaran yang menjangka kenaikan “interest rate” UK dalam masa terdekat. Menurut Neil Mellor, pakar strategi matawang dari Bank of New York Mellon, dalam satu kenyataan, Bank of England tidak akan menaikkan “interest rate” sehinggalah ia mempunyai sebab yang kukuh untuk berbuat demikian. Barclays Bank pula dalam kenyataannya kepada pelanggan, menjangkakan nilai tukaran GBP|USD akan terus jatuh ke serendah 1.4300 pada tahun ini.
Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari UK; Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran, dengan Amerika Syarikat yang bakal melaporkan “employment change” yang bertambah baik dari 208 ribu kepada 225 ribu, dan defisit belanjawan yang semakin mengurang dari -$43.4 bilion kepada -$42 bilion.
Buka akaun forex anda di sini. Mudah deposit guna Debit Card Maybank, CIMB dan Bank Tempatan lain. Deposit tanpa cas. – KLIK SINI