
GDP tahunan United Kingdom yang menunjukkan penguncupan dari 3.2% kepada 2.6% baru-baru ini, serta inflasi tahunan yang semakin mengurang dari 1.3% kepada 1.0%; menunjukkan tanda-tanda ekonomi UK yang terkesan dari pelbagai masalah ekonomi di Euro-Zone. Spekulasi pasaran yang menjangka kenaikan “Interest rate” UK tahun lepas, terus dikecewakan apabila BoE dilihat bakal mengekalkan “interest rate” sehingga 2016. Keadaan sebaliknya yang berlaku di Amerika Syarikat, terus mendorong kejatuhan nilai tukaran GBP|USD.
Hari ini, data “manufacturing production” dan “trade balance” UK yang dijangka lebih baik, bakal berdepan dengan data berimpak tinggi NFP dan “unemployment rate” dari AS. Walaupun data NFP dijangka mengurang dari 321 ribu kepada 240 ribu, dan “unemployment rate” dijangka stabil pada 5.7%; sebarang peningkatan nilai GBP|USD, dilihat sebagai peluang untuk terus menjual Pound.





















































