Harga emas menjunam lebih $29/oz pada pagi New York Khamis semalam, dari paras tertinggi harian sekitar $1,207.25 sebelum menutup lebih rendah, sekitar paras $1,184.20; selepas Dollar mendapat sokongan belian terkesan dari data “unemployment claims” AS yang lebih baik dari jangkaan dan krisis Greece yang mula menampakkan tanda-tanda penyelesaian.
Emas menghadapi tekanan jualan berikutan aktiviti pengambilan untung yang ketara pada hari Rabu, selepas meningkat lebih daripada 3% pada dua hari lalu ke paras tertinggi dalam masa tiga minggu. Harga emas kembali memacu naik selepas kerajaan AS melaporkan perkembangan ekonominya pada suku pertama 2015 hampir terhenti, jauh lebih rendah daripada yang dijangkakan; sekaligus merudumkan Dollar AS dan pasaran saham, kemudian mengangkat permintaan untuk pelaburan yang lebih selamat seperti logam berharga emas dan perak.
GDP AS meningkat pada kadar tahunan sebanyak 0.2 peratus pada suku pertama tahun ini, menurut anggaran awal yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan AS pada Rabu lalu. Penganalisis mengatakan bahawa angka itu mungkin mengujakan para pesimis di Federal Reserve yang ingin mengekang kenaikan “interest rate”; sekaligus memberi kesan positif kepada emas, walaupun angka suku pertama yang lemah itu dilihat bersifat sementara dan berkemungkinan kerana faktor-faktor seperti cuaca.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni