Harga emas menutup $9.50/oz lebih rendah Khamis semalam, dalam dagangan bercampur-campur dengan paras tertinggi sekitar $1,203.40 dan terendah sekitar $1,192.65; sebelum menutup pada paras $1,194.50/oz, sekaligus meletakkannya dibawah pivot harian – $1,196.85 dan juga mingguan – $1,196.50 ketika artikel ini ditulis. Formasi “three black crows” juga dapat dilihat dengan jelas di carta harian.
Di pasaran jongkong emas, ramai saudagar mengatakan permintaan yang lemah dari pembuat dan penjual barang kemas membuatkan emas jatuh harga, disamping spekulasi dari minit mesyuarat FOMC yang menunjukkan terdapatnya ahli majlis Federal Reserve Amerika Syarikat yang mahu menaikkan “interest rate” seawal June ini. Emas yang tidak membayar sebarang dividen atau faedah, amat terkesan dengan kenaikan “interest rate”.
Gold Fields Mineral Services (GFMS) dari Thomson Reuters, dalam satu laporan kepada klien mereka, menjangkakan emas akan dijual pada sekitar $1,170/oz pada tahun ini sebelum meningkat kepada $1,250/oz pada 2016. Di pasaran hadapan pula, kontrak Ogos dan Ocktober 2016 mula mendapat pesanan dengan ‘open interest’ sebanyak 454 dan 631 setiap satu. Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni