Harga emas meningkat lebih $19.80/oz Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,135.80/oz sebelum menutup sekitar paras $1,131.35/oz; setelah harga emas mendapat bantuan daripada data yang menunjukkan harga pengguna AS tidak disangka-sangka jatuh pada bulan Ogos.
Kelemahan dolar, berikutan data inflasi, juga menyokong harga emas. Tanda-tanda disinflasi adalah jauh berbeza daripada ekonomi yang agak sihat dan pasaran buruh yang berkembang baik, dan ini menyebabkan pegawai Feds dalam mesyuarat FOMC semalam untuk tidak menaikkan kadar.
[adrotate group=”6″]
Dengan Feds yang masih kekal dalam fokus, peserta pasaran memberi perhatian kepada penurunan satu takuk taraf kredit Jepun kepada A+ pada lewat kelmarin, oleh Standard&Poor. Penurunan tersebut membawa penarafan Jepun selari dengan agensi penarafam lain seperti Moody Investors Service dan Fitch Ratings.
Para pelabur juga nampaknya mengetepikan data semalam yang menunjukkan eksport Jepun perlahan untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan Ogos, sekaligus meningkatkan kebimbangan bahawa kelembapan China semakin meningkat dan mengheret ekonomi global bersamanya. Ini mengukuhkan jangkaan bahawa pembuat dasar China akhirnya akan terpaksa menambah rangsangan baru.