
Emas yang memecah resistance $1,200 Selasa lalu selepas spekulasi krisis ekonomi Russia dan kejatuhan teruk Ruble, mula menambah permintaan apabila Greece diberitakan bakal mengadakan pilihanraya presiden lebih awal ekoran kegagalan Parti Demokrasi Baharu yang memerintah mengekalkan majoriti. Pilihanraya dijadualkan 25 Januari ini.
Pada masa yang sama, pasaran hadapan emas menunjukan “open interest” yang terus mengurang dari 220,568 kepada 217,101 untuk Februari 2015 , walaupun untuk kontrak April 2015, ianya terus menambah dari 57,787 kepada 59,409 setakat Rabu lalu. SPDR Gold Trust, dana pegangan emas terbesar dunia, pula melaporkan masih memegang 710.81 tan emas dalam simpanannya.
Hari ini dagangan dijangka tipis ekoran pasaran yang masih dalam mood percutian tahun baru melainkan terdapat kejutan pasaran.





















































