Emas meningkat sekitar $15/oz dari paras terendah, sekitar $1,204.40, pada sesi pembukaan London; sebelum menutup pada sekitar $1,212.67 beberapa jam selepas Amerika Syarikat melaporkan GDP tahunannya pada 2.2% berbanding 2.1% jangkaan. Ini bermaksud sudah 3 hari berturut-turut, emas membuat ‘bullish candles’ di carta harian, semenjak Rabu lalu.
Pasaran Amerika Syarikat kini dibelenggu kenyataan presiden Feds, Janet Yellen bahawa badan kewangan AS itu tidak ada sebab untuk tergesa-gesa menaikkan “interest rate”. Keadaan ini sekaligus mengurangkan permintaan untuk Dollar, dan Pound dilihat berpotensi untuk mengambil alih pacuan selanjutnya. US Dollar index dilihat berada pada resistance bulanan sekitar 95.8 – 96 dan ‘triple top chart pattern’ dilihat sedang membentuk di carta harian.
Di pasaran hadapan, sentimen emas bertukar bullish selepas kenyataan presiden Feds. Kontrak April 2015 mendapat permintaan terbanyak dengan ‘open interest’ sebanyak 257,857; Jun 2015 dengan 59,787 ‘open interest’; December 2015 dengan 27,894 ‘open interest’, dan Ogos 2015 dengan 19,140 ‘open interest’. ‘Open interest’ adalah kontrak yang belum diselesaikan dan dengan harga sekitar kos produksi, $1,200; belian dilihat mengatasi jualan.