Harga emas meningkat lebih $12.80/oz Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,147.90/oz sebelum menutup sekitar paras $1,140.15/oz; setelah para pedagang bimbang tentang sektor pembuatan China. Emas terus meningkat dan pasaran ekuiti jatuh ekoran jangkaan bahawa Federal Reserve AS mungkin akan meneruskan dengan rancangan peningkatan kadar pada bulan September.
Naib Pengerusi Feds Stanley Fischer berkata pada hari Sabtu, bahawa inflasi AS dijangka pulih lantaran tekanan daripada dolar yang semakin pudar, membolehkan bank pusat AS untuk menaikkan kadar secara beransur-ansur. Komen Encik Fischer menyebabkan Wall Street jatuh lebih rendah dan pasaran niaga hadapan saham AS meneruskan kerugian pada Selasa, dengan saham-saham Asia juga jatuh, yang diketuai oleh China.
[adrotate group=”6″]
“Kami melihat pergerakan ‘risk-off’ dengan beberapa pembelian emas yang selaras dengan itu,” menurut ketua penganalisis pasaran CMC Ric Spooner di Sydney. Emas meningkat hampir 1% semalam, selepas dolar dan pasaran ekuiti global jatuh ekoran tanda-tanda baru kelemahan ekonomi di China dan ketidaktentuan masa kenaikan kadar Federal Reserve AS dalam hampir satu dekad.