Harga emas meningkat lebih $10/oz Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,207.80/oz; selepas berada dalam dagangan bercampur-campur sepanjang minggu. Emas terus kekal diatas paras harga purata produksi $1,200, apabila data-data ekonomi Amerika Syarikat kebanyakkannya dilapor mengecewakan, menyebabkan presiden Federal Reserve Atlanta Dennis Lockhart mengeluarkan kenyataan untuk tidak menyokong kenaikan “interest rate” pada Jun ini.
Emas yang disebutharga dalam US Dollar adalah sensitif kepada dasar kewangan AS, kerana kenaikan “interest rate” akan meningkatkan nilai Dollar; sekaligus meningkatkan kos memegang emas yang tidak membayar sebarang “interest” atau dividen. “Walaupun kenaikan “interest rate” mungkin lewat, orang masih melihat “interest” yang semakin meningkat, dan kami percaya ianya masih negatif untuk emas,” kata seorang penganalisis komoditi di Julius Baer, Warren Kreyzig.
Pada masa yang sama, pembelian emas di dua negara pengguna emas utama dunia, kekal perlahan minggu ini, apabila premium harga di China hanya sedikit baik, akan tetapi jatuh di India apabila harga emas global stabil pada $1,200/oz. Emas di pasaran spot didagangkan tidak jauh dari harga tertinggi dalam masa tujuh minggu – $1,224.10 yang dicapai pada 6 April lalu, selepas data ekonomi AS yang lemah baru-baru ini dijangka boleh melambatkan kenaikan “interest rate”.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni